Jumaat, 13 Februari 2009

SECEBIS IKTIBAR DARI SEEKOR NYAMUK

Sendiri menyelinap di dunia fikir
Dalam gelapnya gelita malam
Menaakul sebuah kejadian
Yang terdetik sesudah kematian
Di saat nafsu mengnakhodai pertimbangan
Tenggelam dalam arena kejahilan
Menamatkan sebuah riwayat kehidupan

Seekor nyamuk terheret ke mahkamah bicara
Tertuduh atas jenayah mencuri setitis darah
Dan kini berdiri dikandang pesalah
Tanpa peguam bicara,tanpa hujah membela
Dijatuhi hukuman bersalah
Sekali sebatan lantas gugur menyembah

Kalaulah Tuhan itu kejam
Pastilah maut menjemput tak sampai sejam
Hanya kerana kesilapan sebesar genggam

Yang nyata dan hakikat DIAlah yang Rahman
Maha Adil menghulur keampunan
Buat jiwa tulus mendamba kemaafan
Biar sebesar manapun kekhilafan

Hasil Karya: noriezzsma A.Gaib
Kota kinabalu

0 ulasan: