Ahad, 2009 Oktober 18

Kenangan AidilFitri

Di keheningan pagi syawal
Ku terkenang permai desa
Merakam nostalgia indah
Aidilfitri di tanah air tercinta

Sukar untuk dilupakan
Sentiasa bermain diingatan
Kanak-kanak berlari riang
Sanak-saudara berkunjung-kunjungan
Bersalam-salaman,bermaaf-maafan
Melerai dosa ditapak tangan

Sungguh indah beraya di kampung halaman
Beraneka juadah dihidangkan
Ketupat dodol dan lemamg
Makanan tradisi zaman-berzaman

Kini....Ku jauh di perantauan
Semua itu tinggl kenangan
Ku kirimkan salam pada angin lalu
Buat ayah bonda sahabat handai rakan dan taulan
Maafkanlah segala keterlanjuran dan kesilapan
Agar terhapus dosa
Semoga ikatan tetap utuh
Walaupun Ku jauh di perantauan
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Sabtu, 2009 Ogos 29

RAMADHON DI PERANTAUAN

Selaut kenangan ku..
Melonjak kotak ingatan ku ke desa permai ,
Tempat asal usul ku....mengimbau kembali nostalgia lama,

Ramadhon kini....
Diriku jauh di perantauan,
Berbagai onak ranjau telah ku tempuhi,
Berbagai halangan telah ku redah,
Demi mendamba kasih ILAHI

Ramadhon di perantauan,
Mengajar ku erti kesabaran,
Tanpa ibu dan ayah disisi,
Tanpa sanak saudara
Hanya teman-teman
Sebagai penghibur hati...

YA ALLAH,
Kuat kanlah hati hamba MU ini..
Agar ku bisa tempuhi semua ini,
Hingga ku pulang ke bumi tanah air ku,
Membawa segenggam kejayaan,
Moga dapat berbakti pada agama nusa dan bangsa..

Rabu, 2009 Ogos 26

Ramadhan Antara Pengampunan Dan Rahmat

Ramadhan......
Kehadiran mu membawa seribu makna,
Kedatangan mu memberi seribu erti,
Pada mu ada pengampunan,
Pada mu ada maghfirah,
Rahmat daripada Yang Esa.

Ramadhan...
Di dalam diri mu wujud satu malam,
Lebih baik dari seribu bulan,
Memberi sejuta pengertian,
Di dalam diri seorang insan.

Ramadhan....
Pada mu jua...
Diturunkan Al-Quran
Buat pedoman insan ,
Bekalan di hari pengadilan.

Ramadhan,
Kehadiran mu disambut dengan kegembiraan,
Pemergian Mu di susuli dengan tangisan,
Pada pengakhiran kehadiran mu,
Ada satu malam lebih baik daripada seribu bulan
Bagi hamba yang mendamba kan keampunan.

Selasa, 2009 Julai 28

Ukhwah Yang Semakin Pudar.

Diakhir zaman...
Ukhwah antara kita,
Seolah-olah tiada nilai lagi,
Permusuhan... persengketaan...pertengkaran..
Ada di mana-mana

Di rumah , di jalanan ,bahkan di masjid sekali pun,
Huru -hara tetap berlaku ,
Bagaimana boleh berlaku sedemikian rupa?
Mengapa boleh berlaku sedemikian rupa?
Tepuk dada tanyalah Iman...

Apakah Al-Qur`an tidak dipelajari?
Apakah Sunnah tidak diamalkan?
Semuanya ada pada diri masing-masing,

Ukhwah yang semakin pudar ini harus digilap,
Hati yg kotor harus dibersihkan,
Buangkanlah iri hati mu,
Lemparkanlah sifat takabbur dan sombong mu..
Jernihkanlah hati mu..
Sematkanlah kasih mu sesama muslim..
Agar ukhwah bersemi semula.

Ahad, 2009 April 19

Photobucket