Isnin, 10 November 2008

Sajak : Noda Dan Dosa

Di Akhir Zaman ini,
Ramai manusia yang alpa,
Semakin banyak maksiat dikerjakan,
Semakin banyak dosa dilakukan,
Semakin kejam manusia diperlakukan,

Zina berleluasa,
Arak menjadi minuman harian,
Judi dijadikan kerjaya,
Rasuah dijadikan mata pencarian,
Bersebaranlah pelbagai penyakit....
Berleluasa kezaliman dan penindasan...
Inilah ancaman Tuhan,
Inilah balasan kepada Insan

Apakah manusia tidak terfikir....?
Apakah manusia malas berfikir...?
Apabila nafsu menguasai jiwa,
Ramai yang lalai dan alpa,
Kembalilah..................
Kembalilah kepada Tuhan,
Memohon keampunan,
Menginsafi kesalahan,
Menyedari kesilapan,
Menghakis keegoan,
Mengharap Rahmat dan Maghfirah,
Daripada Pencipta semesta alam

0 ulasan: