Khamis, 22 April 2010

Syurga dan Neraka

Syurga dan neraka....
Itulah tempat kembali....
Bagi meraka yang taat atau yang ingkar,
Dengan perintah Allah Robbul Al Jalil...

Syurga...
Tempat kembali bagi sesiapa yang taat sabar dan tawadhu`
Sabar dengan ujian Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala yang dilalui hamba Nya..
Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat redho Tuhan nya
Maha pencipta sekelian alam.

Neraka....
Itulah tempat yang dijanjikan dengan seksaan,
Tempat yang penuh azab sengsara ...
Bagi mereka yang ingkar dan melanggar larangan Allah..
Dia lah Yang Maha Berkuasa diatas kemaksiatan dan kemungkaran,
Yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya...

Cuba kita fikir sejenak....
Cuba kita renung kembali....
Segala dosa-dosa yang telah kita lakukan,
Bandingkanlah dengan kebajikan yang telah kita kerjakan,
Agar kita menjadi manusia yang mahu berfikir,
Diatas kekuasaan Tuhannya