Ahad, 21 Mac 2010

Kerana Wang

Ada yang namakannya wang,
Ada yang mengistilahkannya duit,
Ada yang mengibaratkannya harta,
Apa pun yang diibaratkan...
Apa pun yang dinamakan...
Ia tetap sama.

Kerna wang manusia bersengketa,
Di sana -sini pergaduhan penindasan,
Di mana-mana ada saja kezaliman berlaku...
Semuanya kerana wang..

Pembunuhan..
Kezaliman....
Hasad dengki,ada di merata-rata dunia,
Wanita sanggup menjual maruah kerana wang...
Saudara mara sanggup memutuskan silaturrahim kerana wang..
manusia sanggup berbunuhan juga kerana wang...
semua ini kerana al-wahan
Ya Allah.....
Aku mohon perlindungan daripada Mu,
Jauhkan lah diriku dan umat manusia daripada fitnah ini..
Agar manusia terselamat daripada bala Mu,
Agar umat bisa aman hidup di dunia dan di akhirat.

0 ulasan: