Jumaat, 19 Disember 2008

Ujian Tuhan

Tika engkau senang ,
Ingatlah ia adalah ujian Ilahi ,
Adakah engkau kufur dengan nikmat duniamu ,
Buat menguji apakah diinfaqkan harta mu ,
ke jalan Ilahi.

Tika engkau susah ,
Ingatlah ia juga ujian Ilahi ,
Buat menguji kecekalan hati ,
Untuk menempuh onak dan ranjau ,
Hidup ini.

Tika engkau sihat ,
Ingatlah ia adalah ujian Ilahi ,
Untuk melihat apa yang telah engkau lakukan ,
Dimasa sihat mu...
Adakah amalan baik dikerjakan atau sebaliknya ,

Tika engkau sakit ,
Ingatlah ia juga ujian Allah ,
untuk melihat kesabaran dan kecekalan seorang hamba menempuhinya..
buat menguji keimanan hambaNya

Munajat Seorang Sufi

Deru angin malam ,
Bagai menjadi saksi ,
Bulan dan bintang umpama sahabat ,
Yang menemani rintihan seorang abid ,
Terhadap Pencipta alam ,
Robbul Izzati.

Sepi malam terus berlalu ,
Sekelian manusia sudah dibuai mimpi ,
Namun ada manusia yang bangun ,
Mengabdikan diri ,
Biar susah biar payah ,
Akan ditempuhinya dengan sepenuh hati.

Duduk menghadap Allah mentawajuhkan diri ,
Mengenang menghitung diri sendiri ,
Hatinya sentiasa bertutur , bercakap-cakap dengan Tuhannya ,
Maha Perkasa Maha Bijaksana.

Bagi dirinya......
Allah sentiasa berada di sampingnya ,
Sentiasa menilik tingkah laku hamba Nya ,
Hingga tiada penghujungnya ,
Dialah yang kekal buat selama-lamanya.

Itulah dia firasat seorang sufi ,
Tiada jemu-jemu ,
Berzikir bermunajat pada Ilahi ,
Umpama dunia ini sudah tiada apa-apa lagi.

Isnin, 10 November 2008

Sajak : Noda Dan Dosa

Di Akhir Zaman ini,
Ramai manusia yang alpa,
Semakin banyak maksiat dikerjakan,
Semakin banyak dosa dilakukan,
Semakin kejam manusia diperlakukan,

Zina berleluasa,
Arak menjadi minuman harian,
Judi dijadikan kerjaya,
Rasuah dijadikan mata pencarian,
Bersebaranlah pelbagai penyakit....
Berleluasa kezaliman dan penindasan...
Inilah ancaman Tuhan,
Inilah balasan kepada Insan

Apakah manusia tidak terfikir....?
Apakah manusia malas berfikir...?
Apabila nafsu menguasai jiwa,
Ramai yang lalai dan alpa,
Kembalilah..................
Kembalilah kepada Tuhan,
Memohon keampunan,
Menginsafi kesalahan,
Menyedari kesilapan,
Menghakis keegoan,
Mengharap Rahmat dan Maghfirah,
Daripada Pencipta semesta alam

Ahad, 9 November 2008

Al Kitab AsSunnah Warisan Akhir Zaman

Dikala ini...
Ramai yang leka...
Ramai yang alpa...
Ramai yang tidak tahu,
Hala tuju mereka

Mereka buntu,
Bagai tiada panduan,
Bagai tiada pedoman,
Dosa dibiarkan berleluasa,
Maksiat dibiarkan bermaharajalela,
Seperti dunia tiada berTuhan

Ayuh wahai insan..
Kita tinggalkan zaman kegelapan,
Kita tinggalkan segala kealpaan,
Untuk mencari redha Yang Maha Kaya...Yang Maha Rahman

Kembalilah kepada Al Kitab dan Sunnah,
Kerana Ia panduan ummah,
Buat menebus silap dan salah,
Ayuh.....!Kita jadikan Al Qur an sebagai panduan,
AsSunnah sebagai ikutan,
Moga berbahagia di hari Penagdilan

Sajak : Demi Masa



Teman...
jangan kau leka...
penuhi lah masa mu dengan sebaik mungkin,
kerana masa yang pergi tidakkan kembali lagi...
Teman...
jangan kau buang masa mudamu pergi begitu saja,
kerana ia amat berharga...penuhilah ia dengam amal dan taqwa..
kelak akan membantu mu daripada terhumban ke dalam api neraka...

Selasa, 4 November 2008

Sajak:Derita Yang Tersembunyi

"Mak ......Adik lapar la.."
"Sabarlah Nak....nanti ada duit mak belikan makanan ye.."

Mungkin itulah keluhan...
Mungkin itulah keresahan fakir miskin di mana jua...
Tidakkah kita terfikir bagaimana rengekkan anak-anak kecil di Palestin? Di Iraq? Di seluruh dunia...
Keluhan disertai dengan tangisan ,
Kerana kelaparan...
Kerana kebuluran...
Kerana kemiskinan..
Tiada apa untuk mengisi perut ,
Hanya meneguk air yang kotor dan tercemar...
Cuba kita bayang kan...
Cuba kita bayangkan...
Cuba kita bayangkan...
Saban hari...Saban tahun...
Hidup mereka tiada terbela ,
Mana pemimpin yang kita agung-agung kan!???
Semuanya hipokrit!!!!!!!
Rakyat hidup terseksa...
Rakyat hidup menderita...
Ini pemimpin diakhir zaman ,
Manis hanya di mulut...semuanya palsu belaka!!!!!
Inilah pemimpin zaman mutaakhirin ,
Mereka hidup mewah ,
Rakyat dibiarkan menderita...
Rakyat dibiarkan melarat...
Makan sekadar untuk menyambung nyawa ,
Sedih dan pilu hati ini...
Melihat kesengsaraan yang sedemikian rupa...
Hati ini terdetik rasa insaf ,
Rasa syukur dengan rahmat Ilahi ,
Rasa syukur dengan kurniaanNya ,
Ya Allah....
Begitu besar rahmatMu..
Hamba Mu ini kembali pada Mu ,
Untuk mengharap setitis keampunan ,
Agar diriku selamat di Hari Pengadilan ,
Ya Allah...
Bantu lah mereka yang dizalimi ,
Bantu lah mereka yang dizalimi ,
Bantu lah mereka yang dizalimi ,
Agar hidup mereka kembali bersinar.

Sabtu, 1 November 2008

sajak:Perjuangan Belum Masih Berakhir

Sahabat...
Pejuangan kita masih panjang,
Merentasi arus ilmu,
Jangan engkau hentikan langkah mu,
Antara menuntut ilmu dan peperiksaan,
KeranaIlmuAllah umpama lautan..
Tidak akan habis ditelan zaman..
Sahabat...
Perjuangan kita masih belum berakhir,
Kerana dada masih perlu diisi,
Kerana ilmu masih perlu dituntuti,
Kerana masih banyak yang belum kita ketahui,
Sahabat...
Teruskanlah usaha mu,
teruskanlah cita-cita mu,
Agar ilmu dimertabatkan,
Agar agama Allah didaulatkan,
Agar umat islam selamat di hari Pembalasan