Sabtu, 1 November 2008

sajak:Perjuangan Belum Masih Berakhir

Sahabat...
Pejuangan kita masih panjang,
Merentasi arus ilmu,
Jangan engkau hentikan langkah mu,
Antara menuntut ilmu dan peperiksaan,
KeranaIlmuAllah umpama lautan..
Tidak akan habis ditelan zaman..
Sahabat...
Perjuangan kita masih belum berakhir,
Kerana dada masih perlu diisi,
Kerana ilmu masih perlu dituntuti,
Kerana masih banyak yang belum kita ketahui,
Sahabat...
Teruskanlah usaha mu,
teruskanlah cita-cita mu,
Agar ilmu dimertabatkan,
Agar agama Allah didaulatkan,
Agar umat islam selamat di hari Pembalasan

0 ulasan: