Ahad, 9 November 2008

Al Kitab AsSunnah Warisan Akhir Zaman

Dikala ini...
Ramai yang leka...
Ramai yang alpa...
Ramai yang tidak tahu,
Hala tuju mereka

Mereka buntu,
Bagai tiada panduan,
Bagai tiada pedoman,
Dosa dibiarkan berleluasa,
Maksiat dibiarkan bermaharajalela,
Seperti dunia tiada berTuhan

Ayuh wahai insan..
Kita tinggalkan zaman kegelapan,
Kita tinggalkan segala kealpaan,
Untuk mencari redha Yang Maha Kaya...Yang Maha Rahman

Kembalilah kepada Al Kitab dan Sunnah,
Kerana Ia panduan ummah,
Buat menebus silap dan salah,
Ayuh.....!Kita jadikan Al Qur an sebagai panduan,
AsSunnah sebagai ikutan,
Moga berbahagia di hari Penagdilan

0 ulasan: